Selamat datang ke desaku.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Salam Pengenalan

Assalamualaikum...

Salam pengenalan dan selamat bertemu. Baru di kesempatan ini saya dapat bersama-sama mengambil bahagian untuk dikongsi bersama. Saya ni orang kampung, jadi kisah dan cerita saya lebih tertumpu di kawasan kampung terutama di kawasan Kuala Krau, Pahang. Banyak yang boleh diceritakan terutama soal-soal pembangunan, peluang ekonomi, masalah-masalah, isu-isu semasa serta perancangan dan potensi kampung. Semua kampung ingin maju dan berjaya, penduduknya dapat meningkatkan pendapatan ekonomi, keadaannya aman dan sejahtera, persekitarannya bersih, ceria dan indah serta udaranya bersih dan nyaman. Inilah yang dinamakan sebagai Desa Impian ataupun Desa Wawasan.

Pasukan Bolasepak Pilihan DUN Jenderak

| 0 comments | Monday, July 20, 2009
|

Pasukan Bolasepak Pilihan DUN Jenderak telah ditubuhkan baru-baru ini oleh YB. Dato' Hj. Mohamed Hj. Jaafar, ADUN Jenderak. Pemain-pemainnya bukanlah dari kalangan pemain-pemain handalan tetapi terdiri daripada YB. sendiri, Pengerusi-Pengerusi JKKK, pemimpin-pemimpin UMNO,MCA dan MIC, wakil daripada Jabatan Kerajaan serta wakil daripada Orang Asli yang kebanyakannya terdiri daripada pemain-pemain veteran.

Tujuannya adalah bagi mengadakan perlawanan persahabatan di kampung-kampung di dalam kawasan DUN Jenderak termasuk di kampung-kampung Orang Asli yang akan diadakan sekurang-kurangnya satu perlawanan pada setiap bulan. Melalui program ini, para pemimpin akan dapat bermesra dan mendekatkan diri dengan pemuda serta remaja di setiap kampung yang dikunjungi.

Baru-baru ini, sebagai pembuka tirai, bertempat di Kg. Jenderak telah diadakan perlawanan yang cukup hebat dan meriah. Sebelum itu satu majlis meraikan pemimpin-pemimpin serta pemain-pemain telah diadakan dengan ucapan daripada YH. Dato' Redhwan Harun, selaku Ketua UMNO Cawangan serta YB. Dato' Hj. Mohamed Hj. Jaafar dan selepas itu, YB. Dato' turut menyampaikan sumbangan jersi kepada pasukan Kg. Jenderak.

Beberapa pemimpin termasuk YB. Dato', YH. Dato' Redhwan, Sdr. Rodzuan Zaaba, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krau serta pemain-pemain veteran, pemuda dan remaja telah turun bermain. Perlawanan yang diadakan cukup menarik serta penuh semangat kesukanan dan persahabatan yang berkesudahan seri 1 - 1. Selepas perlawanan diadakan pula cabutan bertuah dan ramai yang telah membawa pulang hadiah.

Program ini merupakan antara program berkesan yang dapat merapatkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin dengan anak-anak muda. Melalui pendekatan turun ke padang bolasepak seperti ini, anak-anak muda akan lebih merasai mereka sentiasa mendapat perhatian dan galakan daripada pemimpin-pemimpin setempat.

Perlawanan seterusnya akan diadakan di Kg. Kuala Mai pada pertengahan Ogos nanti.

Sokongan Penduduk Desa Kepada BN Semakin Kuat

| 0 comments | Monday, July 13, 2009
|

Penduduk desa memerlukan kerajaan yang sentiasa boleh memperjuangkan nasib rakyat terutama golongan-golongan yang miskin dan yang masih mengharapkan bantuan. Di desa, banyak perkara yang sangat bergantung kepada kerajaan. Kerajaan yang kuat, stabil dan prihatin kepada masalah rakyat akan dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.

Di desa, berbagai-bagai masalah rakyat perlu diperjuangkan terutama di bidang ekonomi, pendidikan, pembangunan serta nasib generasi kedua. Keadaan ini memerlukan perjuangan yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

Pastinya yang boleh membela nasib penduduk desa ialah kerajaan Barisan Nasional