Selamat datang ke desaku.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Salam Pengenalan

Assalamualaikum...

Salam pengenalan dan selamat bertemu. Baru di kesempatan ini saya dapat bersama-sama mengambil bahagian untuk dikongsi bersama. Saya ni orang kampung, jadi kisah dan cerita saya lebih tertumpu di kawasan kampung terutama di kawasan Kuala Krau, Pahang. Banyak yang boleh diceritakan terutama soal-soal pembangunan, peluang ekonomi, masalah-masalah, isu-isu semasa serta perancangan dan potensi kampung. Semua kampung ingin maju dan berjaya, penduduknya dapat meningkatkan pendapatan ekonomi, keadaannya aman dan sejahtera, persekitarannya bersih, ceria dan indah serta udaranya bersih dan nyaman. Inilah yang dinamakan sebagai Desa Impian ataupun Desa Wawasan.

| 0 comments | Saturday, October 19, 2019
|






| 0 comments | Wednesday, October 16, 2019
|

Program Kuala Krau Run 2019

Program Kuala Krau Run 2019 telah dirancang ekoran daripada hebatnya sambutan daripada orang ramai untuk menyertai program larian ataupun lebih dikenali sebagai  fun run terutama di kawasan bandar-bandar besar.

Melalui usaha Pejabat Adun Jenderak bersama Pejabat Penghulu Kukim Jenderak 1 dan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau telah merancang bagi mengadakan program tersebut yang melibatkan laluan sepanjang 5 km di Pekan Kuala Krau pada 10 Oktober 2019 bermula jam 7.00 pagi.

Bagi memeriahkan program, turut diadakan program berjalan kaki ataupun fun walk sejauh 2 km bagi memberi peluang terutama kepada golongan yang berusia untuk sama-sama menyertai.

Turut diadakan pada hari tersebut ialah Program Pemeriksaan Kesihatan, Kaunter SPR serta pertandingan beyblade untuk kanak-kanak.