Salam Pengenalan
Assalamualaikum...
Posted by
Ideadesa
|
0
comments
|
Thursday, June 27, 2013
at 8:46 AM |
Isu tanah telah menjadi isu utama di sepanjang PRU 13 baru-baru ini. Boleh dikatakan di setiap kampung dan kawasan, isu ini dibangkitkan oleh orang ramai dan paling lantang menyuarakannya adalah pihak pembangkang sendiri yang menggunakan isu ini bagi menarik sokongan orang ramai kepada mereka.
Orang ramai telah mula mempertikaikan tentang kelulusan tanah-tanah pertanian yang begitu lama dipohon tetapi sehingga kini masih tiada apa-apa perkembangan begitu juga dengan tanah-tanah yang dipohon melalui Rancangan Tanah Kelompok atau RTK yang sepatutnya lebih mudah diberikan kelulusan. Bagi Orang Asli pula, mereka mempertikaikan berkaitan Tanah Adat yang sepatutnya diwartakan kepada masyarakat mereka begitu juga tanah-tanah di perkampungan mereka yang perlu diberikan geran hakmilik.
Isu ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu serta kaum Orang Asli, tetapi turut dibangkitkan oleh kaum Cina dan juga India. Bagi kaum Cina, mereka membangkitkan tanah-tanah perumahan mereka yang sehingga kini masih belum diberikan geran hakmilik begitu juga dengan tanah-tanah pertanian yang telah mereka terokai sejak sekian lama. Begitu juga dengan kaum India yang mula merasakan mereka juga mempunyai hak untuk memiliki sekurang-kurangnya sebidang tanah pertanian.
Bagi menangani isu tersebut, kerajaan negeri perlu bertindak segera bagi menyelesaikan masalah yang telah dibangkitkan sejak sekian lama di samping mencari kaedah yang terbaik bagi membela hak-hak masyarakat Orang Asli serta isu-isu tanah melibatkan kaum Cina dan juga India.

Subscribe to:
Posts (Atom)